Kumpulan Pelajar Perempuan Bertumbuk Dibebas Dengan Jaminan Polis

Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 11:10 AM

Kelihatan seorang remaja perempuan menyerang dan menumbuk gadis lain dalam insiden di Kota Kinabalu, Sabah pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Sekumpulan pelajar perempuan yang dibawa ke Balai Polis Penampang untuk disoal siasat berhubung insiden pergaduhan dibebaskan dengan jaminan polis pada petang Selasa.

Empat pelajar tersebut, berusia 13 dan 14 tahun, dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di luar kawasan sekolah pada 1 April lalu, dibawa untuk disoal siasat pada Selasa selepas satu rakaman video mereka menumbuk seorang remaja perempuan menjadi viral.

Tindakan itu menyebabkan mereka kemungkinan dijangka digantung sesi pembelajaran.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Azmir Abdul Razak berkata, kumpulan pelajar terbabit dibebaskan dengan jaminan polis buat masa ini dan mungkin akan berhadapan dengan tindakan disiplin daripada pihak sekolah mereka.

"Mangsa pula dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan dan mungkin akan menjalani sesi kaunseling ekoran insiden yang berlaku," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan