Seorang Maut, Seorang Cedera Dirempuh Lori

Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 3:04 PM

(Ubah saiz teks)

BAU: Seorang pelajar Tingkatan Satu maut manakala rakannya patah bahu setelah mereka dirempuh sebuah lori ketika sedang melintas jalan di Jalan Seniawan Lot di sini kira-kira jam 9.40 pagi Rabu.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bau berkata mangsa yang maut ialah Siti Norshahirah Mohd Syukri manakala yang cedera pula Norjasmin Sofia Odin, masing-masing berusia 13 tahun dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kerajaan Paku di sini.

Katanya sebelum kejadian, kedua-dua pelajar berkenaan turun dari bas dan pergi ke bahagian hadapan bas untuk melintas jalan.

Pada masa sama, sebuah lori yang cuba memotong bas berkenaan terus merempuh kedua-dua mangsa itu, yang merupakan anggota Persatuan Kadet Bomba di sekolah mereka.

Tags / Kata Kunci: Bau

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan