Dua Lelaki Maut Lori Bawa Baja Jatuh Gaung

Diterbitkan: Selasa, 14 April 2015 12:59 PM

(Ubah saiz teks)

BINTULU: Dua lelaki maut selepas lori muatan baja yang mereka naiki terbalik dan terjatuh ke dalam gaung di Km 28 Jalan Pesisiran Samalaju pukul 10 malam Isnin. 

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Bintulu berkata, kedua-dua mangsa dikenali Andrew Marupoh Rawing, 21 dan Matehew Jangkang,25, maut setelah tersepit di dalam lori itu yang sedang dalam perjalanan ke Bintulu dari Samalaju malam Isnin.

Sebanyak 12 anggota bomba dari Balai Bomba Samalaju dan Balai Bomba Bintulu terlibat untuk memberi bantuan sehingga operasi selesai pada pukul 1 pagi selepas panggilan kecemasan diterima pukul 10.03 malam Isnin.

Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Bintulu untuk dibedah siasat.
Tags / Kata Kunci: lori baja , gaung

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan