Asrama Kem PLKN Dusun Minda Terbakar

Diterbitkan: Selasa, 14 April 2015 5:29 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Dua buah blok bangunan asrama pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Dusun Minda Resort, Kampung Pisang di Kuala Nerang musnah dalam kebakaran pada Isnin.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerang Bukhari Kassim berkata bomba menerima panggilan pada pukul 8.14 malam dan tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian.

"Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerang bersama sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Selasa.

Bukhari berkata anggotanya mengambil masa hampir satu jam untuk memadamkan kebakaran dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 9.24 malam.

Katanya jumlah kerugian dianggarkan RM50,000.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku berikutan tiada pelatih yang ditempatkan di situ memandangkan kerja naik taraf sedang dilakukan di kem itu.

Tags / Kata Kunci: Kem PLKN , Dusun Minda Resort , PLKN

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan