#KitaLawan: Seorang Daripada Yang Ditahan Diburu Polis

Diterbitkan: Ahad, 12 April 2015 8:29 PM

Mohd Mokhtar Mohd Shariff (tengah) menjadi saksi pada majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KJPJKK) Johor, SAC Nor Azizan Anan kepada Timbalan KJPJKK ACP Wahab Haron.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang daripada empat lelaki yang ditahan sejurus perhimpunan #KitaLawan yang diadakan di sini petang Sabtu, merupakan individu diburu polis. 

Ketua Polis Johor Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata lelaki itu dikehendaki kerana pernah melakukan kesalahan serius di Kuala Lumpur pada 2009.

"Tindakan susulan terhadapnya akan dilakukan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan sebagai menandakan polis tidak hanya tutup mata dalam hal ini,"katanya.

Mohd Mokhtar berkata demikian kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KJPJKK) Johor, pada Ahad.

Serah terima tugas itu menyaksikan jawatan tersebut diambil alih Timbalan KJPJKK ACP Wahab Haron bagi menggantikan SAC Nor Azizan Anan yang bersara pada Isnin.

Pada Sabtu, Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh mengesahkan empat individu yang ditahan itu termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Batu Jimmy Puah dan ADUN Mengkibol Tan Hong Pin.

Kesemua mereka didapati memberi ucapan ringkas kepada kira-kira 50 peserta yang memakai baju hitam membawa sepanduk 'Tolak GST, 'Undur Najib,' 'Undur Rosmah' dan 'Kita Lawan' dalam perhimpunan yang bermula pukul 4 petang itu.

Bagaimanapun, menurut Mohd Mokhtar, setelah diambil keterangan, tiga daripada mereka yang ditahan dibebaskan dengan jaminan polis manakala seorang lagi masih dalam tahanan.

Kesemua mereka yang ditahan berumur antara 33 hingga 44 tahun.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan