Runtuhan Dinding Flat Di Sibu Jaya Akibat Letupan Gas

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2015 9:17 PM

Keadaan flat HDC Terrace Garden di Sibu Jaya selepas kejadian dipercayai letupan gas di salah sebuah unit rumah awal pagi Sabtu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SIBU: Kejadian runtuhan dinding pada sebuat flat tiga tingkat di HDC Terrace Garden di Sibu Jaya awal pagi Sabtu dipercayai disebabkan letupan gas di sebuah unit.

Kejadian dipercayai berlaku di Blok D yang menyebabkan tiga unit rumah rosak teruk.

"Seorang mangsa Sng Nic Eng melecur 52 peratus dan dia dijangka akan dipindahkan dari Hospital Sibu ke Hospital Umum Sarawak di Kuching," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Mutalib Jaafar.

Mangsa dikatakan baharu pulang dari Hospital Sibu setelah menjalani rawatan telinga.

"Mangsa telah memberitahu anaknya supaya berada di dalam kereta apabila mereka tercium bau gas dan apabila mangsa memeriksa rumahnya di tingkat bawah, berlaku letupan kuat," kata Mutalib.

Namun mangsa dilapor sempat keluar dari rumahnya selepas letupan dan dibawa anaknya ke hospital.

Sepuluh penghuni lain termasuk seorang bayi berusia 27 hari turut dihantar ke hospital.

Kejadian turut menyebabkan dinding sebuah lagi unit di tingkat satu runtuh.

Mutalib berkata pihaknya telah mengarahkan penghuni 80 unit rumah di dua blok flat terlibat supaya mengosongkan unit mereka dan mereka kini ditempatkan di Dewan Serbaguna Sibu Jaya dan Dewan Polis Sibu Jaya.

Pihak Jabatan Kerja Raya telah dihubungi bagi memastikan keselamatan blok.
Tags / Kata Kunci: runtuhan dinding , letupan

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan