Enggan Berdamai, Kerani Ditikam Bekas Teman Lelaki

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2015 10:18 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Seorang kerani ditikam hingga mati di sebuah pasar raya besar di sini selepas menolak percubaan bekas teman lelaki yang mahu berdamai dengannya.

Ketua Polis Daerah Kluang Komisioner Mohd Roze Shaari, yang mengesahkan kejadian itu berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang Jumaat di pasar raya besar di mana mangsa bekerja.

"Dipercayai suspek pada awalnya berniat untuk memujuk mangsa untuk bersama semula tetapi dia gagal, yang membawa kepada pergaduhan besar.

"Dia akhirnya menikam mangsa di rusuk kirinya.

"Mereka telah beberapa tahun bersama dan sepatutnya bertunang tetapi dia mengambil keputusan untuk berpisah dan baru-baru ini bertunang dengan lelaki lain," kata Mohd Roze ketika dihubungi.

Mangsa, berusia 20-an meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan mayat dihantar ke Hospital Enche 'Besar Hajjah Kalsom, Kluang untuk bedah siasat.

Mohd Roze berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau berkata polis sedang memburu suspek.
Tags / Kata Kunci: mati ditikam , Mohd Roze Shaari

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan