Dua Maut, Lima Cedera Dipanah Petir - Berita Jenayah | mStar

Dua Maut, Lima Cedera Dipanah Petir

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2015 10:03 AM

Ahli keluarga mangsa berkumpul di hospital.

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Dua lelaki maut dan lima cedera apabila mereka dipanah petir semasa berkumpul di belakang sebuah sekolah Tamil lama di Ladang Batu Kawan, daerah Seberang Prai Selatan di sini, Jumaat.

Mereka dipercayai pergi ke kuil Puttu Kovil di sana untuk berbincang mengenai kerja-kerja pengubahsuaian kuil, apabila kejadian yang tidak diingini itu berlaku kira-kira pukul 6 petang.

Dua daripada mereka, N. Arumugam, 42, dan V. Sivaperumal, 56, meninggal dunia, manakala S. Gunasegaran, 44 dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Mangsa lain, S. Muruges, 44, S. Ananthan, 40, M. Mutukumar, 32, dan S. Elevagan, 45 turut mengalami kecederaan yang tetapi dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Semua yang cedera telah dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan manakala mayat-mayat dihantar ke sana untuk bedah siasat.
Tags / Kata Kunci: panah petir , Ladang Batu Kawan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan