Penjenayah Empat Rekod Lampau Ditembak Mati

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2015 3:21 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang lelaki tempatan yang disyaki mempunyai empat rekod jenayah lampau termasuk membabitkan kes bunuh, ditembak mati sepasukan polis dalam insiden berbalas tembakan di kawasan jejambat Salak dekat Sungai Siput di sini, Jumaat.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata suspek K. Mehavarnan, 32, yang berasal dari Taman Cemerlang Rapat di sini, dikehendaki berkaitan kes bunuh di Simpang Pulai pada 2013, mendatangkan kecederaan dengan senjata dan dua kes membabitkan dadah.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) yang menjalankan Ops Cantas Khas di Sungai Siput mengarahkan kereta Proton Waja berwarna hitam yang dipandu suspek supaya berhenti, namun suspek enggan memberhentikan kereta lalu memecut laju melepasi Pekan Salak.

"Sebelum itu, berdasarkan maklumat daripada pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Kangsar, pasukan itu telah terserempak dengan kereta yang dipandu suspek dan mengarahkan suspek memberhentikan kereta tetapi kereta tersebut memecut ke arah Sungai Siput.

"Anggota polis yang kebetulan menjalankan Ops Cantas di Sungai Siput menerima maklumat tersebut, mengejar suspek dan tiba di kawasan jejambat Salak, kereta suspek terbabas dan suspek keluar daripada kereta dan melepaskan tembakan ke arah pasukan polis," katanya kepada pemberita di IPK di sini.

Katanya demi mempertahankan diri, pasukan polis membalas tembakan dan berjaya menumpaskan suspek.

"Penjenayah itu mengalami kecederaan di bahagian badan manakala anggota polis tidak mengalami kecederaan," katanya.

Beliau berkata pemeriksaan di tempat kejadian polis menjumpai sepucuk pistol semi automatik dengan dua butir peluru hidup dalam kelopak dan lapan butir peluru hidup berada di dalam beg.

"Selain itu, polis menjumpai serbuk putih dalam sebungkus plastik lutsinar disyaki dadah, dua utas rantai warna kekuningan dan kereta dipandu suspek yang menggunakan nombor plat palsu itu adalah kereta yang dilaporkan hilang bersabit laporan di Pekan Bharu," katanya.

Dzuraidi berkata siasatan awal juga mendapati suspek dipercayai terlibat dengan beberapa kes jenayah kekerasan di kawasan Ipoh sejak 2013.

Tags / Kata Kunci: Sungai Siput , Penjenayah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan