Jangan Main Isu Sensitif Di Permatang Pauh - Polis

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2015 5:26 PM

Abdul Rahim Hanafi.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Parti-parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh diingatkan supaya tidak memainkan isu sensitif dan hasutan yang boleh menimbulkan kekacauan sepanjang tempoh kempen pilihan raya itu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mereka yang menimbulkan isu yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

"Tanggungjawab polis adalah memasti dan mengekalkan keselamatan serta ketenteraman awam sepanjang PRK dan saya beri amaran jangan ada parti politik cuba timbulkan isu-isu sensitif terutama berkaitan hasutan atau menimbulkan kekacauan.

"Kami juga tidak akan berkompromi dengan mereka yang cuba buat kacau untuk mengganggu ketenteraman awam," katanya sambil memberi jaminan pilihan raya kecil itu akan berjalan lancar.

Bercakap pada sidang akhbar di sini, Jumaat, Abdul Rahim berkata, polis akan memantau ceramah yang diadakan sepanjang tempoh berkempen serta media sosial bagi memastikan tiada isu sensitif dimainkan.

Semua calon bertanding yang ingin mengadakan ceramah atau perhimpunan sepanjang tempoh berkempen dinasihat memohon permit daripada polis, katanya.

Abdul Rahim berkata, polis akan menempatkan anggota di 35 lokasi panas di kawasan Parlimen itu menerusi Ops Payung seminggu sebelum hari penamaan calon.

Beliau berkata sejumlah 2,000 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Kontijen Pulau Pinang akan terlibat sepanjang PRK itu dan sekiranya ada keperluan, bantuan daripada kontinjen lain dan Bukit Aman akan diminta.

PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan selepas kerusi itu diisytihar kosong apabila penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen bagi pengampunan diraja yang dipohon keluarga Anwar atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 April ini hari penamaan calon manakala pengundian awal 3 Mei dan hari pengundian 7 Mei.

Tags / Kata Kunci: Permatang Pauh

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan