Emas Cecah RM300,000 Lenyap Dalam Masa Lima Minit

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2015 11:29 PM

Zainuddin Ahmad

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kurang daripada lima minit, sebuah kedai emas di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini mengalami kerugian kira-kira RM300,000 selepas disamun lapan lelaki bersenjatakan pistol dan parang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, kejadian berlaku pada pukul 6 petang tadi ketika kedai tersebut masih beroperasi.

"Tiba-tiba tiga lelaki menyerbu masuk dengan seorang daripada mereka mengacukan pistol, seorang membawa bawa tukul besi dan seorang lagi membawa parang.

"Bagaimanapun tiada tembakan yang dilepaskan dan suspek bertindak memecahkan cermin rak pameran barangan kemas dengan menggunakan tukul dan melarikan barang kemas dari tujuh dulang barang kemas," katanya ketika dihubungi Bernama Jumaat malam.

Beliau berkata, kesemua suspek kemudiannya dipercayai melarikan diri ke arah Dataran Merdeka dengan menaiki motosikal.

Zainuddin berkata, hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati empat buah motosikal jenis Yamaha 125Z yang masing-masing dinaiki lima suspek sedang menanti di luar premis itu.

"Kedai itu telah beroperasi selama 20 tahun dan ketika kejadian terdapat dua pekerja di dalamnya. Terdapat juga beberapa saksi melihat kejadian itu, namun mereka tidak berani untuk membantu," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api Penalti Berat 1971.

Sementara itu, sebuah lagi kedai emas nyaris dirompak oleh empat lelaki di Rawang pada pukul 3.45 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, empat lelaki yang memakai topi keledar bermuka penuh menyerbu masuk ke premis itu dengan seorang daripada mereka mengacukan senjata menyerupai pistol manakala tiga lagi memegang tukul dan memecahkan meja pameran.

"Semasa kejadian terdapat empat pekerja dan tiada pelanggan di dalam premis itu. Namun suspek gagal merompak setelah menyedari kehadiran polis. "Suspek melarikan diri dengan motosikal jenis Yamaha LC.3," katanya ketika dihubungi.

Kesemua suspek sedang diburu. 

-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan