Kumpulan 35 Orang Cari Pendaki Amatur Malaysia Hilang Di Nepal

Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2015 12:08 AM

Pelancong Malaysia Dennis Lee Thian Poh, 47, (gambar) dilaporkan hilang sejak tengah hari Ahad waktu tempatan (Malaysia adalah dua jam, 15 minit lebih awal daripada Nepal), ketika merentas laluan Pokhara-Mustang di Barat Nepal. Kali terakhir Dennis Lee dilihat ialah pada Ahad di Ghorepani, daerah Myagdi, kira-kira 450 kilometer di barat laut Kathmandu. Beliau tiba di Kathmandu pada 29 Mac lepas, dan merentas bersama-sama sebuah kumpulan dari Holiday Tibet Trekking Company. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 35 orang digerakkan untuk mencari pendaki amatur Malaysia, Dennis Lee Thian Poh, yang dilaporkan hilang ketika merentas laluan Pokhara-Mustang di Barat Nepal, Ahad lepas.


Jurucakap bagi keluarga Lee di sini, berkata cuaca buruk di Kathmandu ketika ini menjejaskan operasi pasukan mencari dan menyelamat bebas.

"Keluarga Lee amat bimbangkan keselamatan Dennis Lee kerana beliau hilang sejak empat hari lepas," kata jurucakap itu dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata keluarganya juga berusaha mendapatkan bantuan pihak berkuasa Nepal untuk mencari Lee.

Akaun facebook 'Find Dennis' juga diwujudkan oleh keluarga Lee bagi membolehkan sesiapa sahaja berkongsi sebarang maklumat atau sokongan supaya pendaki itu dapat ditemukan dalam keadaan selamat, katanya.

"Sila hubungi finddennis@yahoo.com jika anda mempunyai sebarang maklumat (mengenai beliau)," kata jurucakap itu.

Isteri Lee, Jennifer E Peters-Lee, tiba di Kathmandu semalam dan membantu menyelaraskan pencarian suaminya.

Lee, 48, ahli perniagaan di sini, menyertai sekumpulan lapan rakannya dari Filipina mendaki litar Annapurna di Nepal.
Sebelum ini, beliau sering merentas hutan-hutan Malaysia.

Beliau juga mendaki Gunung Kinabalu baru-baru ini.

Kumpulan itu menyedari kehilangan Lee di Trek Khopra Danda di kawasan Ghorepani pada Ahad, iaitu hari pertama mereka mendaki litar itu pada kira-kira 3 petang waktu tempatan.

Tags / Kata Kunci: Find Dennis , Dennis Lee Thian Poh

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan