Operasi Outlet Kastam Diperluas Kepada Penyeludupan Arak

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2015 8:15 PM

Khazali bersama barangan rampasan ketika operasi outlet rokok dan arak di George Town, Khamis.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Operasi outlet versi 2.0 Jabatan Kastam Diraja Malaysia tahun ini bukan sahaja bertumpu kepada penyeludupan rokok tetapi diperluaskan kepada penyeludupan arak.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, sehubungan itu, pihaknya menyasarkan 2,000 tangkapan untuk kes penyeludupan rokok dan arak sepanjang 2015 ini.

"Jabatan Kastam giatkan usaha untuk mencegah aktiviti rokok seludup kerana dianggarkan hasil cukai sebanyak RM2 bilion yang sepatutnya diperoleh kerajaan telah hilang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan operasi outlet rokok dan arak seludup 2015, di sini, Khamis.

Khazali berkata, 17.56 peratus daripada keseluruhan kes penyeludupan setiap tahun melibatkan bir dan minuman keras dengan anggaran kerugian cukai lebih kurang RM500 juta setahun.

Selain negara kerugian cukai, Khazali berkata rokok dan arak seludup turut membahayakan kesihatan kerana tidak diketahui asal usul kandungan dalam produk haram itu.

"Kajian mendapati rokok seludup mengandungi lebihan tar sebanyak 200 peratus berbanding had 45 miligram yang dibenarkan kerajaan," katanya.

Beliau berkata, peningkatan perokok daripada 3.1 juta pada 2007 kepada 4.7 juta pada tahun lepas juga antaranya disebabkan lambakan rokok seludup pelbagai jenama yang dijual dengan harga murah.

Khazali berkata, 40,498 outlet diperiksa sepanjang tempoh lima tahun (dari 2010 hingga 31 Mac lepas) operasi outlet dijalankan dan dalam tempoh itu sebanyak 1.089 bilion batang rokok bernilai RM86.74 juta dengan nilai kutipan cukai RM545.75 juta, dirampas.

Seramai 6,295 orang ditahan sepanjang tempoh itu dan 2,202 orang daripadanya telah didakwa di mahkamah, katanya.

Sementara itu, Khazali berkata keseluruhan hasil dikutip Jabatan Kastam tahun lepas ialah RM35.2 bilion dengan sumbangan cukai rokok 10.28 peratus atau RM3.62 bilion, paling tinggi selepas kenderaan.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Kastam , Khazali Ahmad , arak

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan