Suami Isteri Ditahan Bantu Kes Tembak

Diterbitkan: Rabu, 8 April 2015 3:24 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang penarik kereta cedera ditembak berhampiran pasar Jalan Patani, Sungai Pinang, di sini awal pagi Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata lelaki dan wanita berusia 40-an yang juga pengusaha sebuah pusat hiburan di George Town itu ditahan di Jalan Ranggon, di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.

"Susulan penahanan mereka, polis turut merampas sebuah kereta dan satu paket plastik berisi ketulan lutsinar disyaki dadah. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Remaja Berwawasan Sempena Strategi Lautan Biru di Sekolah Menengan Kebangsaan Jelutong, di sini, Rabu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, lelaki berkenaan cedera ditembak oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dirawat di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilapor stabil.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Mior Faridalatrash berkata seorang juruteknik kilang cedera di kepala dan luka di kedua-dua belah lutut selepas terjatuh dan diseret dua lelaki yang meragutnya di Jelutong, di sini semalam.

Beliau berkata dalam kejadian pukul 6 pagi itu, wanita berusia 50 tahun itu  sedang menunggu van kilang untuk ke tempat kerja di Bayan Lepas sebelum dua lelaki menaiki sebuah motosikal meragut beg tangan mangsa.

"Dua lelaki menaiki sebuah motosikal itu datang dari arah belakang mangsa dan menarik beg tangan wanita itu menyebabkan mangsa terjatuh dan diseret beberapa meter. Bagaimanapun suspek gagal memperoleh beg itu," katanya.

Beliau berkata tiada kamera litar tertutup di kawasan itu dan polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: Tembak , Samun

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan