Tauke 'Jus' Ketum Ditahan - Berita Jenayah | mStar

Tauke 'Jus' Ketum Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 2:27 PM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Dua lelaki yang membekal air ketum terutama kepada nelayan dan pekerja kilang ditahan di Sungai Korok Kuala Jalan Baru di sini dan Sungai Batu, Teluk Kumbar, Isnin.

Polis turut merampas 298 paket air ketum dalam dua kes berasingan itu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Lai Fah Hin berkata dalam serbuan di Sungai Korok, suspek didapati sedang asyik memproses daun ketum di rumah keluarganya.

Beliau berkata satu lagi serbuan dilakukan di sebuah pondok di tepi laut, Sungai Batu.

"Kedua-dua lelaki berusia 30-an itu tidak mempunyai kaitan dan mereka membekalkan air ketum kepada nelayan dan pekerja kilang yang tinggal di kawasan berhampiran," katanya.

Lai berkata kedua-dua suspek tidak memiliki rekod jenayah dan mereka menjalankan kegiatan itu kurang daripada tiga bulan lalu.

Tags / Kata Kunci: Ketum , Teluk Kumbar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan