Mayat Juruterbang Nahas Helikopter Dituntut Malam Isnin

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 1:09 PM

Mayat-mayat mangsa nahas helikopter yang terhempas dibawa keluar dari kawasan nahas malam Sabtu lalu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mayat juruterbang helikopter yang terhempas, Kapten Cliff Fournier telah dikenal pasti dan dikeluarkan pada malam Isnin, kata sumber polis.

Sumber itu mengesahkan bahawa wakil dari Kedutaan Amerika Syarikat (AS) berada di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur untuk menyiapkan dokumen berkaitan pengeluaran mayat Fournier kira-kira pukul 8.15 malam Isnin.

Menurut sumber, ahli keluarga Fournier turut hadir bersama.

Mayatnya akan diterbangkan ke Amerika Syarikat.

Fournier merupakan juruterbang helikopter Dauphin 2 yang terhempas dekat Semenyih yang menggorbankan enam nyawa termasuk Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis pada Sabtu.

Tambah sumber, mangsa keenam nahas tersebut masih belum dikenal pasti sebagai Aidana Baizieva.

Ahli keluarganya dipercayai berada di Kedutaan Kyrgyzstan sementara menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).


Tags / Kata Kunci: helikopter , terhempas , Semenyih , Cliff Fournier

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan