Jurulatih Penerbangan Rogol Anak Saudara

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 6:00 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang jurulatih penerbangan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, Selasa atas dua pertuduhan merogol anak saudaranya ketika mangsa berumur 11 dan 13 tahun.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Lelaki berumur 58 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di dalam bilik sebuah pangsapuri di bandar raya ini pada 13 Mac 2012 dan 2 Mac 2014.

Jika sabit kesalahan, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun, dan boleh juga dikenakan sekurang-kurangnya 10 sebatan.

Hakim Rozina membenarkan lelaki itu dibebaskan dengan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Beliau turut memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah dan melarang lelaki itu mengganggu atau menghubungi mangsa serta ibu bapanya melalui sebarang bentuk komunikasi.

Selain itu, Hakim Rozina mengarahkan pihak pendakwaan untuk menyerahkan notis kepada pihak Imigresen bagi memastikan tertuduh disenarai hitam ke luar negara berkuat kuasa hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Salwa Asmary Abdul Rahim yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan ikat jamin ke atas tertuduh atas alasan lelaki itu merupakan bapa saudara mangsa dan memandangkan dia mengetahui alamat tempat tinggal mangsa, kebarangkalian untuk tertuduh mengganggu kanak-kanak itu adalah tinggi.

"Tertuduh turut disiasat untuk satu lagi kes melibatkan kesalahan sama di Pulau Pinang. Sekiranya mahkamah benarkan tertuduh diikat jamin, pohon jumlah jaminan yang tinggi dan syarat ketat dikenakan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa serta keluarganya selain pasportnya diserah kepada mahkamah sehingga kes selesai," katanya.

Peguam Amer Amzah Arshad yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin atas alasan tertuduh telah memberi kerjasama penuh kepada pihak polis sepanjang siasatan.

"Aduan kes ini hanya dibuat pada Mac lepas sedangkan insiden dikatakan berlaku pada 2012 dan 2014. Ini menunjukkan jika ia benar-benar berlaku, peluang untuk anak guam saya melarikan diri sudah tentu ada, dan anak guam saya juga telah membuat laporan polis pada 3 April lepas untuk menafikan dakwaan yang dibuat terhadapnya.

"Selain itu, ada satu lagi laporan polis dibuat oleh mak cik mangsa pada 26 Mac lepas yang mengatakan bahawa terdapat maklumat mangsa telah dipaksa untuk buat laporan polis terhadap tertuduh. Ini menunjukkan tertuduh ada sebab munasabah untuk cakap dia tidak bersalah dan jika dibenarkan diikat jamin, keluarga tertuduh akan pastikan dia hadir ke mahkamah," katanya. 

Tags / Kata Kunci: Rogol , Penerbangan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan