Hukuman Berat Guna Media Sosial Rekrut Anggota Kumpulan Pengganas

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 11:44 PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hukuman berat menanti individu yang menggunakan media sosial bagi menarik penyertaan individu lain dalam kumpulan pengganas apabila Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015 dikuatkuasakan kelak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata peruntukan itu selaras dengan kesedaran bahawa media sosial sedang dieksploitasi pihak seperti IS untuk merekrut dan menyebar ideologi bagi mendapatkan penyokong di seluruh dunia.

"Aktiviti dan kaedah operasi semasa kumpulan pengganas kini amat kreatif bersandarkan kepada teknologi terkini untuk menarik golongan muda supaya mudah terpengaruh," katanya ketika membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Beliau berkata, di bawah pindaan itu, sesiapa yang menggalakkan individu lain untuk meninggalkan Malaysia bagi melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti kumpulan pengganas boleh dihukum penjara seumur hidup atau penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda.

"Mana-mana harta yang telah digunakan bagi tujuan keganasan juga akan dilucutkan pemilikan," katanya.

Wan Junaidi berkata, antara elemen penting rang undang-undang itu ialah Fasal 2 yang bertujuan memasukkan seksyen baharu iaitu Seksyen 130 (F)(A) bagi mengadakan peruntukan kesalahan kepada mana-mana individu yang menerima latihan dan tunjuk ajar daripada kumpulan pengganas.

Manakala Seksyen 130 (F)(B) pula katanya, menjadikan kehadiran mana-mana individu ke sesuatu tempat yang memberi latihan keganasan sebagai satu kesalahan.

Manakala Fasal 4 bertujuan memasukkan empat seksyen baharu yang memperuntukkan kesalahan bagi individu yang membuat perjalanan ke, menerusi atau dari Malaysia untuk melakukan keganasan di sesuatu negara asing.

Ia juga menetapkan kesalahan bagi seseorang yang memiliki barangan yang dikaitkan dengan mana-mana kumpulan pengganas, mempamerkan, mengagih atau menjual barang itu atau membantu seseorang lain untuk melakukan perbuatan keganasan.

Wan Junaidi berkata pindaan itu juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghindarkan Malaysia menjadi hab transit dan pusat merekrut kumpulan pengganas.

Rang undang-undang itu kemudian dibahas dan diluluskan tanpa pindaan.

Dewan turut meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015.

Persidangan dewan bersambung esok.-- Bernama


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan