Kedua-dua Enjin Helikopter Berjaya Dikeluarkan

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 4:30 PM

Helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa keluar salah satu komponen enjin utama helikopter dari kawasan kejadian untuk di bawa ke Unit Udara PDRM Sungai Besi bagi siasatan selanjutnya dilakukan.

(Ubah saiz teks)

SEMENYIH: Pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) dalam kes nahas helikopter di sini, berjaya mengeluarkan satu lagi enjin helikopter berkenaan tengah hari Selasa.

Semalam, pasukan itu berjaya mengumpulkan satu daripada dua enjin dan beberapa komponen kecil bangkai helikopter itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abu Samah Mat berkata, enjin kedua dinaikkan pada pukul 12.30 tengah hari tadi dan dibawa ke Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sungai Besi.

Selain itu, beliau berkata, kotak gear helikopter itu telah dijumpai dan kerja-kerja pengeluaran sedang giat dijalankan dan dijangka mengambil masa dua jam.

"Kotak gear dijangka dikeluarkan pada 5 petang menerusi unit udara PDRM dan dihantar ke Pangkalan Sungai Besi. Usaha-usaha mencari serpihan komponen besar helikopter boleh diselesaikan dan dikeluarkan petang ini," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian Selasa.

Katanya, 178 anggota penyelamat dan penyiasat akan cuba mengeluarkan serpihan komponen bahagian kecil dan selebihnya hari ini sekiranya cuaca membenarkan, dan sekiranya tidak, akan bersambung keesokan hari.

"Buat masa ini, pencarian masih dijalankan 500 meter jejari daripada lokasi nahas dan pasukan kami akan 'menggeledah semua kawasan' untuk kumpul segala bukti yang perlu dalam siasatan ini," katanya.

Abu Samah berkata, buat masa ini, siasatan itu turut melibatkan lima pakar AAIB dan seorang daripada pengeluar enjin Turbomeca dari Perancis serta empat lagi iaitu dua daripada Airbus Helicopters France dan dua daripada Airbus Helicopters Malaysia.

Dalam pada itu, beliau berkata polis telah mengambil keterangan 17 saksi berhubung kejadian nahas itu.

Siasatan tragedi nahas helikopter yang mengorbankan enam orang termasuk Anggota Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, masuk hari keempat hari ini.

Dalam kejadian Sabtu lepas, helikopter Dauphin AS365N2 (9M-1GB) yang membawa enam orang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.

Empat lagi mangsa ialah juruterbang Kapten Clifford William Fournier, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan seorang wanita dikenali sebagai Aidana Baizieva.


Tags / Kata Kunci: helikopter , enjin , Semenyih , Abu Samah Mat

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan