Empat Anggota Sindiket Dadah Ditahan Di Nibong Tebal

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 5:47 PM

Wan Hassan bersama Ketua Polis Daerah Nibong Tebal, Asisten Superintendan Samsudin Mamat (kiri) menunjukkan barang rampasan selepas menahan empat anggota sindiket dadah, Selasa.

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Empat termasuk seorang wanita dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah ditahan dan polis merampas heroin serta syabu dalam serbuan di sebuah hotel murah di Taman Simpang Ampat, di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superitendan Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kesemua yang ditahan dalam serbuan pada 2 pagi itu berusia antara 23 hinggs 34 tahun.

"Bilik hotel yang diserbu itu dijadikan tempat operasi sindiket berkenaan membungkus dan mengedar dadah. Kami menemui beberapa paket dadah heroin dan syabu serta peralatan menghisap dadah.

"Selain itu, polis turut merampas enam bilah pisau, tiga topi keledar, 11 telefon bimbit, sebuah motosikal, tiga beg galas, dua utas jam tangan dan wang tunai RM2,024. Nilai keseluruhan rampasan ialah RM20,000," katanya dalam sidang akhbar di sini, Selasa.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati sindiket itu menyewa bilik hotel itu seminggu lepas sebagai tempat untuk membungkus dadah sebelum diedar kepada pelanggan di sekitar Nibong Tebal, Parit Buntar, Perak dan Bandar Baharu, Kedah.

Wan Hassan berkata, ujian air kencing mendapati empat individu termasuk sepasang kekasih itu positif dadah dan mereka juga dipercayai terlibat dalam kegiatan samun, curi dan pecah rumah.

Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata polis menahan  sembilan lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian samun sebuah kilang  memproses kelapa sawit di Sungai Jawi, di sini 24 Februari lepas.

Beliau berkata, kesemua mereka berusia 22 hingga 44 tahun itu ditahan di sekitar Taiping, Perak dan Pulau Pinang Ahad lepas dan polis turut merampas beberapa senjata antaranya parang, kapak dan pisau serta menemui semula pelbagai barangan curi seperti beg dan telefon bimbit.

Polis sedang mengesan dua lagi lelaki termasuk seorang rakyat Bangladesh yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu bagi membantu siasatan, katanya.

Dalam kejadian itu, sekumpulan lelaki bersenjatakan parang bertindak  mengikat tangan serta kaki pekerja kilang berkenaan sebelum melarikan peti besi mengandungi geran tanah, pasport pekerja dan wang tunai RM10,000.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan