Tiga Lelaki Ragut Dan Seret Wanita Dicekup

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 2:49 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Tiga lelaki yang disyaki meragut seorang wanita berusia 64 tahun di Jalan Tanjung Tokong di sini, Rabu lepas, ditahan kira-kira lapan jam selepas kejadian itu dilaporkan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata ketiga-tiga lelaki berusia 23 hingga 29 tahun itu masing-masing ditahan di Butterworth, Permatang Pauh dan Kubang Semang dekat sini.

Polis merampas sebuah kereta Honda Jazz, dua motosikal, tiga topi keledar dan wang tunai RM20,052 dipercayai hasil kegiatan mereka, katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Beliau berkata dalam kejadian pukul 8 pagi 1 April itu, tiga lelaki bermotosikal meragut rantai leher seorang wanita berusia 64 tahun yang juga pemilik restoran, menyebabkan wanita terbabit cedera setelah terseret beberapa meter.

Mior Faridalatrash berkata siasatan awal mendapati kumpulan itu bergiat aktif sejak tahun lepas di sekitar Pulau Pinang dan Parit Buntar serta Bagan Serai di Perak.

Beliau berkata berikutan penahanan tiga lelaki terbabit dengan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah, polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 30 kes samun dan ragut di sekitar daerah Timur Laut.

Tags / Kata Kunci: Ragut , Polis , Tanjong Tokong

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan