17 Pengganas Rancang Keganasan Di KL Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 11:14 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seramai 17 individu yang disyaki pengganas dan sedang merancang untuk menjalankan aktiviti keganasan di Kuala Lumpur berjaya ditahan polis pada Ahad.

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitternya sambil memberitahu, dua daripada suspek merupakan militan yang baru pulang dari Syria.

"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya tidak akan benarkan Malaysia menjadi transit kepada kumpulan pengganas.

"Tahniah kepada pasukan Anti-Pengganas kerana melakukan tugas dengan baik," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Syria. Pengganas , Polis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan