100 Berhimpun Bantah Tindakan Adun Pakatan Berpakaian Serba Hitam

Diterbitkan: Isnin, 6 April 2015 12:21 PM

Sultan Nazrin Shah menyampaikan titah ucapan pada Istiadat Pembukaan Rasmi Penggal Ketiga Dewan Negeri yang Ke-13 di Ipoh pada 31 Mac lalu. Adun BN memakai pakaian istiadat rasmi manakala Adun pembangkang berpakaian serba hitam sebagai tanda protes. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kira-kira 100 orang berhimpun di pintu pagar belakang bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bagi membantah tindakan wakil rakyat pakatan pembangkang yang memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dengan berpakaian serba hitam pada minggu lalu.

Berhimpun sambil memegang sepanduk mengkritik tindakan Adun Pakatan, mereka juga membakar patung tiga Adun - Nga Kor Ming (Kepayang), Paul Yong (Tronoh) dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering).

Beberapa peserta perhimpunan turut memijak bendera DAP.

Malah, mereka juga melaungkan 'Daulat Tuanku' dan 'Hancur, Hancur' sebagai desakan agar tindakan diambil terhadap wakil rakyat pakatan pembangkang.

Salah seorang penunjuk perasaan, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, berkata tindakan Adun Pakatan tersebut disifatkan sebagai tidak menghormati Sultan Perak Sultan Dr Nazrin Shah yang merasmikan persidangan DUN itu pada minggu lalu.

"Kami turut menggesa gelaran yang dikurniakan kepada mereka dilucutkan," katanya.

Semua 26 Adun Pakatan di negeri itu memakai sut, gaun dan baju Melayu serba hitam sebagai tindakan memprotes beberapa isu yang timbul beberapa minggu lalu.

Ia termasuk penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin Pakatan semasa perhimpunan #KitaLawan serta pelaksanaan Cukai Barangan.

Tags / Kata Kunci: pakatan pembangkang , DUN Perak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan