Siasatan Nahas Helikopter Termasuk Elemen Jenayah, Cuai - Timbalan KPN

Diterbitkan: Ahad, 5 April 2015 12:50 PM

Anggota keselamatan mengusung mayat mangsa nahas helikopter untuk dibawa ke HKL bagi proses pengecaman dan bedah siasat awal pagi Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap punca nahas helikopter di Semenyih semalam yang meragut nyawa Anggota Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan lima lagi, akan dijalankan meliputi pelbagai elemen, termasuk jenayah dan kecuaian.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya kini menunggu laporan bedah siasat mayat kesemua mangsa di samping mengumpul bahan bukti di lokasi kejadian.

"Siasatan bermula dari semalam iaitu selepas nahas berlaku dan untuk permulaan, kami membuka kertas siasatan di bawah 'mati mengejut'," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur di sini, Ahad.

Beliau berkata, selain Polis Diraja Malaysia, siasatan dari segi teknikal pula akan dilakukan oleh Jabatan Penerbangan Awam.

Helikopter itu yang dinaiki enam orang, termasuk Jamaluddin yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, terhempas di Kampung Sungai Pening, Semenyih dekat sini pada 4.55 petang Sabtu.

Noor Rashid berkata lokasi nahas juga ditutup kepada orang awam dan polis sedang mencari saksi-saksi di tempat kejadian untuk ditemu bual.

"Setakat ini kami telah merakam percakapan daripada tiga saksi iaitu orang kampung di kawasan ini," katanya. -- Bernama


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan