PM Temui Keluarga Mangsa Di HKL

Diterbitkan: Ahad, 5 April 2015 12:46 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan sedih ketika mayat mangsa helikopter terhempas tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Helikopter tersebut terhempas di Kampung Pasir Baru Semenyih mengakibatkan enam terkorban termasuk Anggota Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bergegas ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menemui keluarga mangsa nahas helikopter yang mengorbankan enam nyawa, petang Sabtu.

Beliau tiba pada pukul 11.53 malam bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, pasangan pengantin baharu, Nooryana Najwa serta suami, Daniyar Nazarbayev ke HKL dari lokasi kejadian di Semenyih.

Perdana Menteri dilihat memasuki pekarangan Unit Forensik HKL di mana ahli keluarga mangsa juga berada di situ untuk proses pengecaman dan bedah siasat.

Pada pukul 12.27 tengah malam, dua trak polis yang membawa enam mayat mangsa termasuk Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Datuk Azlin Alias tiba di HKL.

Empat yang turut terkorban adalah pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran, ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang, juruterbang, Kapten Clifford William Fournier dan pembantu operasi, Aidana Baizieva.

Sementara itu, difahamkan, jenazah Jamaluddin akan dibawa ke kediamannya di Lorong Kuda Emas 2, Mines Country Club and Golf Resort di Seri Kembangan sebelum disolat dan dikebumikan sebelum solat Zuhur di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.



Tags / Kata Kunci: HKL , Nooryana Najwa , Jamaluddin Jarjis

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan