Imigresen Tumpas Sindiket Palsukan Cop Pada Pasport

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 10:44 PM

Mustafa Ibrahim

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Jabatan Imigresen menumpaskan satu sindiket memalsukan cop pasport dalam satu operasi di bandar raya ini, Jumaat.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, sebanyak 170 cop getah keselamatan palsu ditemui dengan 48 daripadanya adalah cop getah keselamatan untuk keluar dan masuk Malaysia.

Cop selebihnya untuk keluar masuk pelbagai negara seperti Indonesia, Filipina dan Vietnam.

"Kami percaya ia adalah sebahagian daripada sindiket 'pasport terbang' di mana pasport dibawa ke Johor untuk dicop tanpa kehadiran pemegangnya," katanya kepada pemberita di pejabat Imigresen Johor di sini, Sabtu.

Dalam operasi itu, pihaknya turut menahan seorang wanita tempatan berusia 56 tahun yang dikenali sebagai 'Mak Aji' dan pembantunya seorang lelaki warganegara Indonesia yang juga pemegang kerakyatan tetap berusia 53 tahun.

Turut dirampas ialah wang tunai RM37,000 dan wang tunai dalam matawang Singapura berjumlah $725, tiga pasport Sri Lanka, satu pasport Indonesia, dua telefon bimbit dan tiga buah kereta.

Mustafa berkata, ketika serbuan dilakukan, pihaknya menemui semua cop getah keselamatan palsu itu disembunyikan di atas siling rumah berkenaan.

Kami percaya sindiket itu sudah beroperasi sejak enam tahun lepas dan menyasarkan pekerja pembinaan atau hiburan warganegara asing yang ingin tinggal lama di negara ini tanpa perlu mengecop pasport, katanya.

Wanita itu disiasat mengikut Seksyen 56(1)(a)(c) Akta Imigresen dan Seksyen 12 (1)(f) Akta Pasport manakala pembantunya disiasat mengikut Seksyen 55d Akta Imigresen.

Mustafa turut mengingatkan pengendali kedai membuat cop supaya tidak membuat cop Jabatan Imigresen dan memastikan adanya surat iringan jika terdapat permintaan untuk membuatnya.

Sementara itu, Mustafa berkata, penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin (Pati) secara sukarela menerusi program 3+1, yang sudah menarik lebih 130,000 orang untuk pulang sejak tahun lepas, akan diteruskan bagi membanteras kebanjiran Pati di negara ini.

Tags / Kata Kunci: Imigresen , cop pasport , Mustafa Ibrahim

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan