PM Arah Siasat Terperinci Punca Helikopter Terhempas

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 11:08 PM

Perdana Menteri mendengar taklimat mengenai kejadian nahas helikopter yang mengorbankan Jamaluddin dan Azlin serta empat yang lain di Semenyih.

(Ubah saiz teks)

SEMENYIH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan supaya siasatan terperinci dijalankan bagi mengetahui punca kejadian nahas helikopter yang mengorbankan enam nyawa pada petang Sabtu.

Arahan itu dinyatakan pada sidang medianya selepas mendengar taklimat mengenai operasi mencari dan menyelamat sebaik tiba di lokasi kejadian di ladang getah di Kampung Pasir Baru, Sungai Pening, di sini, kira-kira pukul 10 malam.

Najib serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak mereka, Nooryana Najwa turut ke lokasi kejadian.

Pada sidang medianya, Perdana Menteri mengesahkan bekas menteri yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulitnya, Datuk Azlin Alias terkorban dalam nahas itu.

Perdana menteri menjelaskan bahawa mengikut prosedur beliau tidak boleh mengesahkan identiti mangsa selagi belum disahkan oleh pihak forensik.

"Namun berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai, tragedi ini membawa kehilangan dua orang yang begitu besar sumbangannya kepada kerajaan, parti dan negara," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi nahas di Kampung Sungai Pening, Semenyih di sini Sabtu malam.

Najib yang nyata sedih dengan tragedi itu, menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu kehilangan yang amat besar buat diri dan keluarganya memandangkan Jamaluddin adalah kenalan sejak zaman universiti lagi selain amat rapat dari segi sejarah perjuangan dan kerjaya politik.

"Saya anggap Tan Sri Jamaluddin Jarjis seorang yang berkebolehan tinggi, banyak jasanya kepada kerajaan, parti dan negara. Ramai kenalannya di dalam dan luar negara," katanya mengenai Jamaluddin yang pernah bertugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Mengenai Azlin pula, perdana menteri mengakui bekerja rapat dengan pegawainya itu.

"Beliau setuju untuk meninggalkan kerjayanya dalam dunia korporat untuk berkhidmat kepada kerajaan. Azlin seorang yang dedikasi, boleh dipercayai dan disenangi ramai. Kematiannya suatu kehilangan kepada saya kerana dia telah membantu saya untukk melaksanakan banyak hal penting dalam kerajaan," katanya.

Sebelum ini, Azlin adalah Pengarah Bahagian Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.

Ketika kejadian, helikopter itu membawa enam orang termasuk bekas menteri, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, ahli perniagaan dari Kedah, Datuk Robert Tan, pengawal peribadi Jamaluddin, Mohd Raskan Seran dan Ajdiana Baiziera yang dipercayai pembantu juruterbang.

Turut berada di lokasi kejadian ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Helikopter itu yang dalam penerbangan ke Subang, terhempas di kawasan itu pukul 4.50 petang.


iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan