Ibu Bapa Cuai Akan Dihukum - KPN

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 8:55 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Polis mempertimbangkan untuk menggunakan peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 terhadap ibu bapa atau penjaga yang didapati cuai membiarkan anak-anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen.

Langkah itu dibuat berikutan insiden kemalangan maut melibatkan pelajar berusia 16 tahun ke bawah yang semakin serius dengan 309 kes dicatatkan bagi tempoh Januari hingga Mac lalu. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, daripada jumlah itu sebanyak 13 kes kematian melibatkan murid sekolah rendah dan 296 pelajar sekolah menengah.

"Kita tidak boleh lagi menerima alasan mereka tidak tahu anak-anak mereka menggunakan motosikal sebaliknya selaku ibu bapa, penjaga atau pemilik motosikal, mereka sepatutnya memberi perhatian serius kerana sebarang kecuaian membabitkan nyawa," katanya.

Beliau berkata sebanyak 42,392 saman trafik dikeluarkan kepada penunggang motosikal dibawah umur 16 tahun pada tahun lalu.

Antara 1 Januari hingga 31 Mac ini, sebanyak 5,499 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal bawah umur.

Khalid berkata jumlah tersebut amat membimbangkan.

"Kami akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara mengenai kemungkinan melaksanakan pindaan tersebut," katanya.
Tags / Kata Kunci: cuai , Akta Kanak-Kanak 2001

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan