KDN Sahkan Jamaluddin Jarjis Antara Enam Individu Dalam Helikopter Terhempas

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 6:04 PM

Keadaan di lokasi nahas.

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri mengesahkan bekas menteri, Tan Sri Jamaluddin Jarjis antara enam individu yang berada dalam helikopter yang terhempas di Jalan Sungai Lalang - Kampung Pasir Baru Semenyih pada petang Sabtu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jamaluddin yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat menaiki menaiki helikopter dari Kuantan ke Subang itu.

"Setakat ini, kami masih mengumpul maklumat terperinci berhubung insiden itu.

"Pihak polis masih menjalankan siasatan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat," katanya.

Beliau juga adalah Ahli Parlimen Rompin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.




Maklumat awal memberitahu bahawa sekurang-kurangnya tiga mayat dijumpai setakat ini oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Dipercayai helikopter jenis AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) itu dipandu oleh Kapten Cliff Fournier itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang.


Menurut sumber, selain Dr Jamaluddin, helikopter tersebut dikatakan turut dinaiki oleh Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias.

Turut dikatakan berada di dalam pesawat tersebut ialah seorang ahli korporat serta dua pengawal peribadi VIP terbabit.

Operasi menyelamat membabitkan tiga balai iaitu Balai Bomba Semenyih, Balai Bomba Bangi dan Balai Bomba Kajang.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.57 petang Sabtu.

"Maklumat awal yang diterima menyatakan helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata tiga mayat nahas helikopter itu telah ditemui, dan pihak berkuasa sedang mencari tiga lagi penumpang lain.

Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.

"Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu," katanya kepada Bernama.

Tags / Kata Kunci: Bomba , Helikopter

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan