50 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Semporna

Diterbitkan: Sabtu, 4 April 2015 11:46 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Lima puluh buah rumah musnah dalam kebakaran di Kg Bangau-Bangau, sebuah perkampungan atas air, di Semporna awal pagi Sabtu, insiden kedua dalam masa 11 hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Fazizul Izam Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 1.47 pagi sebelum sebuah jentera berserta sembilan anggota digegaskan ke lokasi kejadian.

"Kami juga mendapat bantuan lima anggota bomba dari Kunak serta lima orang anggota bomba sukarela," katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Katanya, agensi yang turut membantu dalam operasi memadamkan kebakaran termasuk polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk setempat.

Fazizul berkata, kebakaran dapat dikawal daripada merebak ke kawasan lain pada pukul 3.33 pagi dan api padam sepenuhnya pada pukul 5.55 pagi.

Katanya, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Pada 25 Mac lalu, kebakaran di kawasan perkampungan yang sama memusnahkan 233 buah rumah.

Jabatan Perpaduan Negara dan Integerasi Nasional Tawau akan menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di kampung berkenaan, pada Sabtu.- Bernama


iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan