Pesakit Mental Bunuh Rakan Di Wad - Berita Jenayah | mStar

Pesakit Mental Bunuh Rakan Di Wad

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2015 8:37 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Seorang pesakit di wad psikiatri di sebuah hospital di sini dipercayai maut selepas dibunuh oleh seorang lagi pesakit mental.

Mangsa berusia 43 tahun itu yang dimasukkan ke wad itu sejak lapan tahun lalu ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah kira-kira pukul 6.30 pagi Rabu oleh seorang pembantu perubatan.

Pembantu perubatan itu sedang bertugas ketika terdengar bunyi teriakan kuat dari dalam tandas di wad tersebut.

Dia cuba untuk masuk tetapi pintu tandas tersebut dikunci.

Dia memecah pintu tandas itu dan mendapati mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan seorang lagi pesakit mental berdiri bersebelahan mangsa.

Mangsa yang mengalami kecederaan di mata, leher, hidung dan dahi kirinya dikejarkan ke unit rawatan rapi tetapi meninggal dunia kira-kira pukul 8.35 pagi.
Tags / Kata Kunci: pesakit mental , maut
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan