Pemandu Bas Persiaran Maut Tersepit Bawah Bas

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2015 7:07 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang pemandu bas persiaran maut akibat tersepit di bawah basnya di KM 317, Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran Tapah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, kejadian berlaku pukul 11.15 pagi Jumaat ketika bas yang dipandu Yeoh Tian Bun, 24, dari Klang, Selangor gagal dikawal dan menyebabkannya terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar pembahagi jalan serta memasuki parit.

Beliau berkata, bas itu tidak membawa penumpang.

"Pemandu itu tercampak keluar melalui cermin dan terjatuh di bawah bas serta tersepit," katanya.

Mangsa meninggal di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Tapah, Abu Hassan Shaari Mat Isa berkata pihaknya mengeluarkan mangsa dari bawah bas.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Som Sak Din Keliaw , Tapah , Yeoh Tian Bun

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan