Lima Nelayan Selamat Selepas Hanyut Lima Hari

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2015 1:31 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Lima hari selepas dihanyutkan, akhirnya lima nelayan tempatan diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pagi Khamis.

Bot mereka mengalami kerosakan enjin kira-kira 25 batu nautika dari sini.

Pengarah Operasi Wilayah Timur APMM Laksamana Pertama Maritim Yusof Ali berkata, nelayan itu dilaporkan hanyut di perairan zon ekonomi ekslusif Indonesia.

Beliau berkata, mangsa yang diselamatkan ialah Leong Bian Seng, 58; Mohd Almi Awang, 46; Kamaruzzaman Awi, 44; Rosli Awi, 35; dan Azmi Abdullah, 38.

"Pihak berkuasa Indonesia membenarkan kami (APMM) untuk memasuki perairan mereka semalam dan mereka berada dalam keadaan baik. Mereka juga menerima bantuan daripada sebuah kapal tangki yang dalam perjalanan ke Singapura," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Yusof berkata, bot itu berlepas dari Dungun pada 22 Mac dan sepatutnya pulang sehari kemudian.


Tags / Kata Kunci: nelayan , APMM , Yusof Ali

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan