Lanun Serang Kapal Minyak - Berita Jenayah | mStar

Lanun Serang Kapal Minyak

Diterbitkan: Jumaat, 3 April 2015 5:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Seramai 17 anak kapal tangki minyak selamat selepas diserang sekumpulan lanun di luar pantai barat Kalimantan pada Khamis.

Bilik Gerakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak berkata pihaknya menerima pengesahan dan isyarat mengenai kejadian tersebut daripada Biro Maritim Antarabangsa pada pukul 8.30 malam.

Kapal yang dikenali sebagai MT Dongfang itu dalam perjalanan ke Labuan dari Port Dickson, demikian menurut APMM menerusi kenyataan.

"Kesemua 17 anak kapal tidak mengalami sebarang kecederaan semasa kejadian. Kapal tersebut dipercayai dirompak di perairan Indonesia kira-kira 52 batu nautika utara dari Pulau Umi.

"Seramai 25 lanun bersenjatakan pistol merampas barang-barang peribadi anak kapal malah turut merosakkan sistem komunikasi dan peralatan navigasi kapal," kata Pengarah Operasi Daerah Kuching Komander Maritim, Steve Macqueen Abdullah.

Tambah beliau, sebuah kapal tentera laut yang dalam perjalanan ke timur Malaysia memberi maklum balas lalu bertindak mengiringi kapal dan kru ke Kuching.

"Demi tujuan keselamatan, sebuah kapal maritim ditugaskan untuk mengiringi perjalanan kapal tangki minyak itu ke Labuan," katanya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada kumpulan lanun berkenaan berjaya atau tidak mengepam  minyak daripada kapal tersebut.

Tags / Kata Kunci: APMM
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan