Jawatankuasa Khas Dicadang Tangani Propaganda IS

Diterbitkan: Khamis, 2 April 2015 1:48 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa khas melibatkan pelbagai agensi kerajaan berkaitan dan institut pengajian tinggi (IPT) dicadang ditubuhkan segera bagi menjalankan inisiatif bersepadu dalam menangani ancaman propaganda dan ideologi kumpulan militan IS.

Ketua Penolong Pengarah E8, Bahagian Anti-Keganasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kerjasama bersepadu ini jika dilibatkan bersama jabatan agama, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam dan pelbagai institit Pengajian Tinggi (IPT) akan memudahkan kajian mendalam serta usaha menangani tarikan kumpulan militan ini terutama menerusi media sosial.

"Setakat ini kita tak nampak lagi (usaha bersepadu), masing-masing bergerak sendiri," katanya kepada sidang media selepas menyampaikan taklimat eksekutif mengenai Ancaman Keselamatan Negara kepada hampir 300 penjawat awam di sini, Khamis.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Ayob Khan menarik perhatian bahawa ancaman ideologi IS adalah serius, justeru kerajaan tidak boleh berdiam diri.

"Kita perlu lawan balik serangan ideologi mereka di media-media sosial dengan memberi penerangan yang betul kepada masyarakat," katanya.

Ditanya mengenai Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) yang sedang dibentang di Dewan Rakyat, Ayob Khan berpendapat ia satu undang-undang yang mampu menangani isu IS dengan lebih menyeluruh melibatkan aspek pencegahan dan pemulihan.

"Memang kita berharap POTA diluluskan dan semua pihak menyokong kerana ia melibatkan isu keselamatan negara...pastikan Malaysia bebas daripada ancaman," katanya.

Terdahulu dalam taklimatnya, Ayob Khan memberi amaran bahawa PDRM menyifatkan penyertaan rakyat Malaysia dalam kumpulan militan itu sebagai menempah 'one way ticket' kerana mereka tidak lagi boleh berpatah balik.

"Kita tidak akan bertolak ansur, sama ada mereka itu berniat mahu pergi, tetapi belum pergi atau mereka yang telah pergi dan pulang semula dalam negara," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan