Polis Tahan Penerbit The Edge Dan CEO Malaysian Insider - Berita Jenayah | mStar

Polis Tahan Penerbit The Edge Dan CEO Malaysian Insider

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2015 11:12 AM

Penerbit akhbar mingguan bisnes, The Edge, Ho Kay Tat (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq di bawah Akta Hasutan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis telah menahan penerbit akhbar mingguan bisnes, The Edge, Ho Kay Tat dan Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq di bawah Akta Hasutan.

The Malaysian Insider kini adalah portal berita milik The Edge.

Menurut portal berita itu, Jahabar dan Ho ditahan Selasa pagi di Balai Polis Dang Wangi ekoran satu artikel yang diterbitkan minggu lalu.

Semalam (Isnin), polis telah menahan Pengarang Urusan The Malaysian Insider, Lionel Morais, Pengarang Bahasa Malaysianya, Zulkifli Sulong yang juga bekas pengarang Harakah serta Pengarang Berita, Amin Iskandar.

Portal berita itu telah memuat naikkan satu artikel yang menyebut bahawa Majlis Raja-Raja telah menolak pelaksanaan Hukum Hudud ketika persidangan pada  11 Mac lalu.

Artikel tersebut memetik sumber-sumber dalaman sebagai berkata.

Bagaimanapun, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad telah membuat penafian berhubung perkara tersebut dan membuat laporan polis, Khamis lalu.

Tags / Kata Kunci: The Edge , Malaysian Insider
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan