75 Individu Punyai Elemen Militan IS Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2015 2:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis telah menahan 75 individu yang mempunyai elemen penglibatan dalam kegiatan militan Islamic State (IS) setakat hari ini (Isnin), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 24 orang dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Keselamatan Khas) (SOSMA); enam diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959; 25 orang dibebaskan; tujuh orang sedang dalam siasatan polis dan 13 orang warganegara asing telah diusir keluar.

"Kerajaan memandang serius berhubung ancaman IS ke atas keselamatan negara yang turut melibatkan rakyat Malaysia. Justeru, kerajaan mengambil beberapa tindakan untuk membendung kegiatan IS daripada terus berkembang ke seluruh negara termasuk menjalankan pemantauan yang rapi melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap individu yang disyaki terlibat dengan kegiatan itu.

"Pada masa sama, PDRM menjalinkan kerjasama dengan agensi perisikan luar negara khususnya ASEAN dari segi pertukaran maklumat perisikan berhubung kegiatan militan ini," katanya ketika menjawab soalan Datuk Marcus Mojigoh (BN-Putatan) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Ahmad Zahid berkata kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan pelbagai program penerangan sebagai pencegahan melalui ceramah, khutbah Jumaat, perjumpaan, seminar melalui surat khabar dan lain-lain medium kepada golongan tertentu bagi menerangkan konteks jihad sebenar dan bahaya fahaman ekstrem yang menjurus ke arah kegiatan militan.

Berkenaan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 yang dibentangnya di Dewan Rakyat semalam, Ahmad Zahid meminta semua anggota Parlimen termasuk pembangkang menyokong bagi memerangi kegiatan keganasan di negara ini.

"Pada 6 April ini, saya akan membentang POTA (bacaan kali kedua) bagi menerangkan langkah-langkah untuk diterima semua dan jangan ada tanggapan berbeza atau ada agenda politik kononnya....pembentangan itu bersoal keganasan dan soal ancaman kepada semua, kita semua harus bersatu hati menentangnya," katanya.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata kerajaan sedang menggubal Modul Pemulihan khusus bagi meneutralisasikan kumpulan militan yang ditangkap dan sedang dalam tahanan.

"Harapan kerajaan ialah untuk mengembalikan semula mereka ke pangkuan masyarakat," katanya sambil menambah hasil kajian PDRM mendapati, seramai enam  bekas tahanan ISA menyertai IS termasuk lima dari Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan seorang dari Jemaah Islamiah.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa kumpulan militan berkenaan didokong oleh mana-mana parti politik.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 10 rakyat Malaysia terlibat dengan kumpulan militan telah terkorban, iaitu enam orang di Syria, seorang di Iraq dan tiga orang di tempat yang tidak dapat dipastikan.

Mengenai faktor imbuhan kewangan dan pasangan kekasih yang mendorong penglibatan IS, beliau berkata kajian Interpol dan PDRM mendapati ia bukan atas faktor idealogi, sebaliknya kerana ketaksuban sama ada terhadap organisasi atau kepimpinan selain dorongan masalah keluarga berpecah-belah dan kesempitan kewangan.

Ahmad Zahid berkata berdasarkan siasatan kes-kes lepas, faktor media sosial juga menjadi elemen yang turut mempengaruhi penglibatan dalam kumpulan militan.

Menjawab soalan lain daripada Ramkarpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) mengenai jumlah kes seksual terhadap kanak-kanak setakat 28 Feb lepas, Ahmad Zahid berkata 6,115 kes dilaporkan dalam tempoh berkenaan.

"Secara perbandingan, kes seksual menunjukkan penurunan apabila pihak polis menganjurkan kempen secara agresif dengan memberikan kesedaran kepada golongan suri rumah, pelajar di sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta di bawah program 'Women Awareness Campaign' ", katanya.

Tags / Kata Kunci: Militan , IS , Dewan Rakyat

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan