Bayi, Kanak-Kanak Antara Warga Asing Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2015 2:40 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang bayi perempuan dan dua kanak-kanak antara 11 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Kedah dalam satu operasi di sebuah rumah di Kampung Permatang Kecil, Yan awal pagi Isnin.

Pengarahnya Mohamad Yusri Hashim berkata operasi hasil maklumat awam dijalankan kira-kira 3 pagi itu disertai sembilan anggota Imigresen Kedah telah menyerbu sebuah rumah yang dihuni warga Myanmar.

Katanya hasil pemeriksaan mendapati enam lelaki dan dua wanita berumur antara 19 hingga 35 tahun ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada pas dan permit yang sah.

"Dalam operasi itu, kita turut menahan seorang bayi perempuan berusia tiga bulan, seorang kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berumur 5 tahun," katanya dalam kenyataan, Isnin.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati warga asing itu tinggal di perkampungan berkenaan lebih setahun lepas dan bekerja kampung.

Mohamad Yusri berkata kesemua mereka akan ditahan di lokap imigresen negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri(KDN) di sini untuk siasatan lanjut sebelum di hantar ke Depot Imigresen Belantik di Sik.

Sementara itu beliau berkata Imigresen Kedah turut menghantar pulang lapan pendatang asing tanpa izin warga Thailand terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita berumur 21 hingga 47 tahun.

Katanya mereka dihantar pulang selepas selesai menjalani hukuman dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada pas dan permit serta kesalahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

"Kita hantar mereka melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ)Bukit Kayu Hitam malam tadi," katanya.

Tags / Kata Kunci: Warga Asing , Yan , Kedah

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan