Tiga Kakitangan Portal TMI Dibebas Dengan Jaminan Polis

Diterbitkan: Selasa, 31 Mac 2015 9:23 PM

Dari kiri: Amin Iskandar, Lionel Morais dan Zulkifli Sulong. -foto THE STAR

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga kakitangan portal berita The Malaysia Insider (TMI) yang ditahan pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung laporan mendakwa Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, dibebaskan dengan jaminan polis, Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata ketiga-tiga mereka, berusia 35 hingga 52 tahun, dibebaskan kira-kira 6.30 petang tadi.

"Sementara dua lagi berumur 47 dan 56 tahun yang ditahan pada 11 pagi tadi, kami akan mohon tahanan reman esok," katanya ketika dihubungi Bernama.

Petang semalam, tiga kakitangan portal berita TMI ditahan di pejabat mereka di Mutiara Damansara, Petaling Jaya berhubung laporan berita portal itu baru-baru ini dipercayai berbaur hasutan.

Mereka disiasat oleh Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Penahanan dibuat oleh sepasukan polis daripada Unit Siasatan Terkelas Bukit Aman dengan kerjasama pasukan SKMM dan barangan kes seperti laptop dan telefon bimbit turut dirampas.

Pagi tadi, dua lagi kakitangan daripada organisasi sama ditahan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, menjadikan keseluruhan yang ditahan lima orang.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan