Tayar Gerabak Terbakar, Perkhidmatan Monorel Tergendala

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2015 11:19 AM

Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha memadam kebakaran di Stesen Monorel Titiwangsa di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Monorel dihentikan sementara berikutan tayar sebuah gerabak perkhidmatan itu terbakar dalam kejadian di Stesen Titiwangsa pagi Isnin. 

Ketua Pegawai Operasi Bomba Kuala Lumpur Shamsol Maarif Saibani berkata pihaknya menerima panggilan pukul 8.52 pagi tentang kebakaran itu dan tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian.

Beliau berkata sebaik tiba, kesemua penumpang diarahkan keluar dan pihak pengendali monorel diarahkan mengalihkan gerabak yang terbakar ke satu tempat jauh dari bangunan.

"Sekarang operasi memadam masih dijalankan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata 22 anggota dan tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian.
Tags / Kata Kunci: gerabak , terbakar , monorel

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan