Polis Sahkan Tiga Kakitangan Portal Berita Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2015 10:45 PM

Tan Sri Khalid Abu Bakar

Tan Sri Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiga kakitangan portal berita, The Malaysian Insider ditahan untuk siasatan berhubung laporan berita palsu yang mendakwa Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, yang disiarkan baru-baru ini.


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ketiga-tiga mereka akan disiasat oleh PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di bawah Akta Hasutan 1948 kerana laporan berita itu dipercayai berbaur hasutan.


"PDRM sahkan bahawa tiga kakitangan TMI (The Malaysian Insider) telah ditahan untuk siasatan. Siasatan bersama oleh PDRM dan @SKMM_MCMC dibawah Akta Hasutan," katanya melalui laman Twitter rasmi beliau, Isnin.


Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata PDRM telah menahan ketiga-tiganya di pejabat mereka di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, kira-kira pukul 5.45 petang tadi.


"Mereka yang berumur 35 hingga 52 tahun disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama malam Isnin.


Beliau berkata penahanan dibuat oleh sepasukan polis dari Unit Siasatan Terkelas Bukit Aman dengan kerjasama pasukan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan barangan kes seperti komputer riba dan telefon bimbit petugas portal berkenaan turut dirampas bagi membantu siasatan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan