Perintah Berkurung Dilanjut Di ESSZone Sehingga 15 April

Diterbitkan: Isnin, 30 Mac 2015 12:44 PM

Jalaluddin Abdul Rahman.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di perairan enam daerah di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZone) dilanjut mulai Selasa hingga 15 April.

Pelaksanaan bagi fasa ke-17 ini bermula dari pukul 7 malam hingga 5 pagi melibatkan jarak tiga batu nautika dari pantai perairan Sandakan, Kinabatangan, Kunak, Lahad Datu, Tawau dan Semporna.

Fasa ke-16 berakhir pada Isnin. 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata ia dilanjutkan bagi menjamin tahap keselamatan pengguna perairan serta penduduk di kawasan daratan ESSZone termasuk pelancong.

"Arahan ini memudahkan penguatkuasaan serta pemantauan segala pergerakan bot penceroboh serta jenayah rentas sempadan, aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api terkawal," katanya dalam satu kenyataan.

Perintah berkurung di ESSZone dilaksana sejak 19 Julai tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: ESSZone , perintah berkurung

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan