Lelaki Bawa Dua Kilogram Syabu Ditahan

Diterbitkan: Ahad, 29 Mac 2015 3:16 PM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah dipercayai syabu lebih dua kilogram bernilai kira-kira RM250,000 dalam serbuan di pusat bandar ini Jumaat lepas, kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad.

Beliau berkata suspek warga tempatan berumur 46 dan 47 tahun itu ditahan pukul 2 petang selepas polis menerima maklumat awam tentang aktiviti pengedaran dadah di sebuah kawasan tempat letak kereta di pusat bandar ini.

"Ketika dihampiri polis di kawasan berkenaan seorang daripada suspek cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan tidak jauh dari tempat berkenaan.

"Hasil pemeriksaan terhadap sebuah beg yang dibawa seorang daripada suspek,  terdapat dua bungkusan disyaki dadah jenis syabu seberat lebih dua kilogram," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, di sini, Ahad.

Hamzah berkata kedua-dua suspek kini ditahan reman sembilan hari bermula semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tags / Kata Kunci: Syabu , Polis

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan