Khalid Samad Ditahan Bantu Siasatan Perhimpunan #KitaLawan

Diterbitkan: Ahad, 29 Mac 2015 9:56 AM

Khalid Samad.

Khalid Samad

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad ditahan di sini awal pagi Ahad di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata Khalid yang juga anggota Parlimen Shah Alam ditahan di kediamannya, kira-kira 2.30 pagi.

"Khalid dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut," katanya kepada Bernama.

Pada Sabtu, Ketua Setiausaha Pengelola Parti Keadilan Rakyat, Fariz Musa turut ditahan di Petaling Street pada 8 malam bagi membantu siasatan mengenai perkara yang sama.

Semalam diadakan perhimpunan #KitaLawan yang bermula dari Masjid Jamek, pusat beli-belah Sogo dan berakhir di KLCC.

Perhimpunan bagi menyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya.

Tags / Kata Kunci: Khalid Samad , Dr Dzulkefly Ahmad , KitaLawan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan