Pembantu Menteri Sabah Terselamat Kereta Terbakar

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mac 2015 4:59 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang pembantu menteri kepada ketua menteri terselamat tanpa mengalami kecederaan selepas keretanya terbakar dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas di Jalan Tuaran di sini.

Datuk Edward Yong Oui Fah Yong dan pemandunya bergegas keluar daripada kereta Volvo yang terbakar serta-merta sejurus selepas berlanggar dengan bas yang secara tiba-tiba keluar dari simpang pada kira-kira pukul 9 pagi Sabtu.

"Saya lihat api dari kawasan enjin dan dengan segera mengarahkan pemandu saya untuk keluar dari kereta. Saya bimbang ia akan meletup," katanya ketika dihubungi.

Ketika kejadian, Yong duduk di tempat duduk penumpang hadapan.

"Nasib baik, tiada yang cedera," katanya, sambil menambah bahawa pemandu membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Affendi Ramin berkata, kira-kira 60 peratus daripada kenderaan itu musnah akibat kebakaran.

Pemandu bas itu turut membuat laporan polis. Tiada penumpang menaiki bas berkenaan ketika kejadian. 


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan