Rafizi Ditahan Kerana Menghasut - KPN

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mac 2015 5:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penahanan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli pada Jumaat dilakukan kerana tindakannya mengeluarkan surat mengarahkan penyokong parti itu untuk mengadakan himpunan haram #KitaLawan pada Sabtu, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurutnya, Rafizi ditahan pada petang Jumaat dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk disoal siasat mengikut Akta Hasutan 1948.

"Rafizi mengeluarkan surat arahan kepada penyokong-penyokongnya supaya keluar beramai-ramai untuk membebaskan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

"Surat terbuka seperti ini membawa pelbagai makna. Adakah dia (Rafizi) mengarahkan orang-orang dia untuk pecahkan penjara untuk keluarkan Anwar?

"Ia akan memberi pelbagai kefahaman kepada orang yang tidak faham. Jadi, kita panggil dan tahan Rafizi untuk kita siasat sejauh mana surat ini telah diedarkan.

"Kita juga ingin tahu apakah reaksi-reaksi pengikutnya terhadap arahan untuk membebaskan Anwar," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, Jumaat.

Khalid memberitahu, tindakan Rafizi amat berbahaya dan polis tidak akan membenarkan ianya berlaku.

"Sekali lagi saya ingin mengingatkan bahawa apa juga surat-surat atau arahan yang dikeluarkan dan boleh menimbulkan kekecohan, kita akan ambil tindakan," katanya.

Penahanan Rafizi pada Jumaat merupakan yang kedua dalam bulan ini berhubung penganjuran perhimpunan #KitaLawan.

Kali pertama Ahli Parlimen Pandan itu ditahan pada 10 Mac lalu berikutan himpunan #KitaLawan yang diadakan pada 7 Mac.

Tags / Kata Kunci: Polis , KPN , rafizi ramli

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan