Pasangan Suami Isteri Terlibat Kes Pecah Rumah Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2015 5:31 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga individu, termasuk sepasang suami isteri, kerana disyaki terlibat dalam enam kes pecah rumah di sekitar Inanam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata dalam operasi Rabu lepas, suspek wanita yang berusia 18 tahun ditahan di Bambangan Apartment, kira-kira 8 malam.

"Semasa ditangkap, suspek membuang empat buah beg dari dalam rumahnya yang dipercayai milik seorang mangsa yang membuat aduan mengenai rumahnya telah dipecah masuk pada hari yang sama," katanya kepada pemberita selepas sambutan peringatan Hari Polis Peringkat Daerah Kota Kinabalu, di sini Rabu.

Hasil tangkapan itu, Chandra berkata polis berjaya menahan suami wanita berkenaan yang berumur 34 tahun bersama rakannya berumur 22 di Kampung Kalansanan pada 11.15 malam, dua hari kemudian.

Chandra berkata, kedua-dua suspek didapati positif dadah dan suami wanita itu mempunyai empat kes jenayah dan satu kes dadah.

Katanya, dalam kedua-dua tangkapan itu, polis turut merampas pelbagai barang curi termasuk televisyen, alat pengerudi, cakera video digital (DVD), komputer riba, parang dan pemotong besi yang dianggarkan bernilai RM49,000.

Sementara itu, sepanjang tempoh Januari hingga Mac tahun ini, sebanyak 1,546 keping iklan pemberi pinjam wang haram (Ah Long) diturunkan di sekitar Kota Kinabalu dan daripada jumlah itu, 850 keping belum diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Chandra berkata operasi Ops Vulture dijalankan di lokasi tumpuan kegiatan Ah Long seperti di kawasan perumahan serta jalan-jalan utama termasuk Luyang, Inanam, Tanjung Aru, Menggatal dan Karamunsing.

Katanya, 20 individu, termasuk lima wanita, ditahan tahun lalu dan sembilan kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang.

"Sejumlah 124 nombor telefon yang tertera pada iklan itu disenarai dan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tujuan pembatalan dan tindakan lanjut," katanya.
Tags / Kata Kunci: pecah rumah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan