Polis Siasat, Kesan 'Ayahanda Raja Provokasi'

Diterbitkan: Rabu, 25 Mac 2015 2:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat dan mengesan individu tidak bertanggungjawab yang memuat naik gambar dan kenyataan di laman sosial Facebook yang didakwa berunsurkan penghinaan terhadap agama Hindu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan itu melibatkan gambar yang dimuat naik dan komen di akaun Facebook berkenaan.

"Siapa pun dia, kita akan siasat dan ambil tindakan," katanya pada sidang media selepas majlis sambutan Hari Polis Ke-208 bertemakan bertemakan Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada' di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, Rabu.

Seorang pemilik akaun 'Ayahanda Raja Provokasi' pada Isnin lalu telah memuat naik gambar patung tuhan Hindu, Murugan di Batu Caves yang diubah suai menggunakan teknik grafik bagi menggambarkan ia diletupkan, serta mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Berikutan tindakan tidak bertanggungjawab itu, Pemuda MIC pada Selasa membuat laporan polis kerana mendakwa perbuatan tersebut berunsurkan penghinaan terhadap agama Hindu.

Ketua Penerangan Media Baharu Pemuda MIC Kebangsaan, P. Punithan berkata, laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi yang disertai 20 ahli jawatankuasa Pemuda MIC bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap paparan yang berbaur perkauman terhadap penganut agama Hindu dan kaum India.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan