Tiga Lelaki Larikan Emas Bernilai RM100,000

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2015 9:37 PM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Tiga lelaki bersenjata pistol dan parang merompak sebuah kedai emas dan melarikan emas dianggarkan bernilai RM100,000 di Taman Mawar dekat sini Selasa.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata kejadian berlaku 8.17 pagi semasa tiga pekerja iaitu dua lelaki dan seorang wanita berada di dalam kedai emas itu.

Katanya dua daripada perompak itu bersenjatakan parang dan seorang lagi menggunakan pistol mengugut pekerja di kedai itu sebelum melarikan emas yang diletakkan di lapan dulang dalam kedai itu.

Ketika melakukan rompakan itu, tiga perompak itu menggunakan topi keledar bertutup penuh dan menunggang dua motosikal, katanya ketika dihubungi di sini.
Menurutnya tiga pekerja di kedai emas itu tidak dicederakan.

Zabidi berkata polis telah melancarkan operasi memburu tiga perompak itu.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan di talian 089-242222 bagi membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: emas , Sandakan

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan