Penolong Pegawai Penyiasat Polis Didakwa Minta, Terima Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 24 Mac 2015 3:30 PM

Mohd Ferdaus diiringi anggota polis di Mahkamah Sesyen Johor Baru untuk didakwa atas kesalahan meminta dan menerima rasuah, Selasa.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada orang awam, tahun lepas.

Bagi pertuduhan pertama, Sarjan Mohd Ferdaus Abdullah, 28, didakwa meminta suapan wang tunai RM2,500 daripada Ismail Dahlan, sebagai dorongan menyelesaikan kes Nurulhuda Samsudin yang disyaki terlibat dalam kes memiliki dadah.

Mohd Ferdaus yang merupakan Penolong Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Baru Utara didakwa melakukan kesalahan terbabit di IPD berkenaan pada 12.30 malam, 2 Jun 2014.

Bagi tuduhan kedua, dia yang masih bujang dituduh secara rasuah menerima suapan wang tunai RM1,900 daripada Ismail sebagai dorongan sama, di lokasi sama, pada 11 malam, 4 Jun 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) dan 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membenarkan Mohd Ferdaus diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 April untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Abdul Ghaffar Ab Latiff manakala Mohd Ferdaus diwakili peguam Nor Hidayu Arshad. -- Bernama


iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan